Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia zon Batu Pahat menggagalkan cubaan menyeludup dadah dipercayai syabu seberat 69 kilogram bernilai RM3.8 juta di Perairan Parit Amat Muar, Johor sekitar jam 11.20 pagi Khamis.<br />Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, kejayaan tersebut hasil maklumat awam selepas melihat sebuah bot yang mencurigakan berlegar di perairan berkenaan.